Kenapa saya cuma benarkan jualan tunai sahaja di dalam membeli hp?
Mudah sahaja.. sebab saya banyak kali kena tipu kalau buat bayaran ansuran.
Berjual beli dengan orang sebangsa ini ada banyak masalah. Kena tipu adalah salah satu daripadanya.
Semasa nak beli hp, lembut gigi dari lidah.
Macam macam alasan dan jawapan.
Ada seorang perempuan bernama S.H, beliau kononnya seorang ejen dalam koperasi tentera. Apabila ada pembeli HP nak beli melalui koperasi, beliau akan menjual kepada peserta koperasi tersebut dan pembeli akan membayar melalui pinjaman koperasi.
Semasa S.H. ni nak mencari pembekal, maka saya pun dihubungi. Beliau ingin membeli 2 handphone yang bernilai hampir RM 3000+. Tetapi beliau ingin membayar secara ansuran menggunakan post dated cheque.
Sudahlah untung sedikit tetapi apabila post dated cheque tersebut ada tertulis tarikh, maka saya pun bersetuju. Lagipun cuma seminggu sahaja tarikhnya. Takkan tak boleh tunggu. Inipun syarikat orang melayu. Boleh saya membantu, saya fikir.
Apabila tiba tarikh seminggu, maka saya pun ingin menunaikan cheque itu. S.H. menelefon saya mengatakan dia ingin membayar tunai. Bila berjumpa dia membayar separuh sahaja iaitu RM 1500.00 dan bakinya dia menukarkan dengan post dated cheque dengan tarikh dua minggu pula yang baru.
Apa nak buat, saya terima lah. Kemudian bila tiba tempohnya dia telefon lagi. Modus operandi yang serupa, dia bayar separuh sahaja dan separuh lagi dia keluarkan post dated cheque.
Selepas 3 kali dengan cara yang serupa, kali keempat dia dah tidak telefon lagi. Hutang tinggal RM 500 lagi.
Bila tarikh saya nak tunaikan cheque, saya dapati date tersebut tertulis salah tahun! Tahun 2008!
Agaknya sebab selalu sangat terima cheque dari dia, kita dah tak endahkan tarikhnya lagi.
Sudah lama saya tidak menelefonnya, bila saya telefon nombor saya pun dia dah tak ingat. Jawapannya, minggu depan... kemudian esok nak masuk duit dalam bank.. kemudian minggu depan lagi.. kemudian dia sakit kepala...
Itulah perangai orang yang tidak ada kejujuran dan keikhlasan dalam bisnes.
Dan itu sebab terpenting kenapa saya tidak jual handphone secara ansuran..
Wallahu Alam.


